Wudhu

Posted: November 6, 2011 in Uncategorized

sebelum mengerjakan solat, wajib bagi seseorang itu untuk mengambil wudhu atau dinamakan juga air sembahyang.

apakah dia cara-cara berwudhu?

bagaimana wudhu zahir dan batin itu?

doa selepas berwudhu?

CARA-CARA BERWUDHU

1. sebelum membuat sesuatu, disunatkan membaca :

2.membasuh kedua-dua belah tangan, berkumur-kumur dan membersihkan hidung.

3. membasuh tangan yang dimulai tangan kanan (3x)  kemudian tangan kiri (3x)

4. kumur-kumur sebanyak 3 kali

membersihkan mulut dicelah-celah gigi

membasuh lubang hidung

5. memasukan air ke dalam hidung kemudian membuang airnya

6. niat niat, kemudian tapuskan air ke muka sebanyak 3 kali :

7. membasuh kedua belah lengan dimulai lengan kanan ; dari tangan kanan hingga ke siku sebanyak 3 kali. kemudian lengan kiri yang dimulai tangan kiri hingga ke siku sebanyak 3 kali.

8. meratakan air ke kepala sebanyak 3 kali

9. membasuh kedua belah telinga sebanyak 3 kali yang dimulai dengan telinga kanan kemudian telinga kiri

10.  membasuh kaki hingga ke buku lali sebanyak 3 kali dimulai kaki kanan kemudian kaki kiri.

DOA SELEPAS BERWUDHU :

maksudnya :

aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa tidak ada menyekutuiNya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu adalah hambaNya dan pesuruhNya. Ya Allah, jadikanlah aku daripada orang bertaubat dan jadikanlah aku daripada hambaMu yang soleh. Maha suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. dan Allah rahmati serta sejahterakan jujungan kami Muhammad, keluarganya dan sahabatnya.